BMK3033
KETERAMPILAN MEMBACA
KUMPULAN
2:
LAPORAN TUGASAN BERKUMPULAN (PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK /
PROJECT-BASED LEARNING)
TEKNIK ULANG DAN MEMBACA SERENTAK
PENSYARAH :
DR.NORUL HAIDA
BINTI REDUZAN
AHLI KUMPULAN
NAMA PELAJAR
|
NO MATRIK
|
NURUL
AIDA BT. MAT NOR
|
D20141066850
|
NOR ERNA IZZATI BINTI MOHAMAD NOOR
|
D20141066820
|
NUR EZZIATI BINTI AHMAD SHUKOR
|
D20141066839
|
RAFFIDAH WATTY BT. ABDUL RUSDIN
|
D20141066815
|
NURUL NADHIRAH BINTI ZULKIFLI
|
D20141068566
|
KHAIRUNNISA BINTI AHMAD NOORDIN
|
D20141066835
|
SUHAIKAH BINTI MOKHTAR
|
D20141066838
|
1.0 Definisi Bahan Bantu Mengajar
Menurut
Brown J.W. (1983), bahan bantu mengajar merupakan kelengkapan yang digunakan
oleh guru untuk membantu atau memudahkan proses penyampaian pembelajaran di
dalam bilik darjah kepada pelajar. Bahan bantu mengajar bukan sahaja buku teks,
papan tulis, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi bahan bantu mengajar
merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas yang melibatkan semua pancaindera kita iaitu mata, hidung, mulut,
telinga dan kulit.
Menurut
Edgar Dale bahan bantu mengajar ialah satu model yang menggabungkan beberapa
teori berkaitan dengan proses pembelajaran. Setiap pancaindera manusia
memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran. Hal ini demikian kerana
berdasarkan teori Edgar Dale pelajar lebih mengingati lebih banyak maklumat
apabila mereka dapat membuat sesuatu perkara yang di ajar oleh guru berbanding
daripada hanya mendengar, membaca atau memerhati sahaja.
Menurut
Edgar Dale lagi kaedah pembelajaran yang paling kurang efektif iaitu
pembelajaran daripada membaca. Manakala kaedah pembelajaran yang mudah diingati
oleh pelajar iaitu melakukan sesuatu perkara itu sendiri dan dapat menimba
pengalaman semasa melakukan perkara tersebut.
Teknik ulang dan membaca serentak
Menurut
Mahzan Arshad (2003), teknik ini wajar dilaksanakan dalam pengajaran dan
pembelajaran kerana dapat membantu murid memahami sesuatu bahan bacaan tertentu
dan dapat membincangkan kandungan bahan bacaan tersebut secara bersama-sama
dengan guru dan murid yang lain. Teknik ulang dan membaca serentak ialah
strategi yang dibangunkan untuk memberi peluang kepada murid berlatih membaca
dengan ekspresi yang betul dan sangan berguna untuk membaca secara kelas.
Selain
itu, bacaan berulang adalah afektif dalam menggalakkan kelancaran dan kefahaman
untuk mereka yang menghadapi masalah dalam membaca terutama kepada murid kelas
peralihan dan Pendidikan Khas. Teknik ini akan membantu menggerakkan pengalaman
latar pelajar dan membina istilah latar serta konsep yang terdapat dalam
sesuatu bahan bacaan. Guru sebenarnya bertindak sebagai model yang dapat
diikuti oleh pelajar pada peringkat awal bacaan dan sebutan yang dilontarkan
oleh guru hendaklah jelas dan konsisten.
Menerusi
teknik ini, guru berpeluang memberi sokongan yang kukuh kepada pelajar. Teknik ini
juga digunakan bagi bahan bacaan yang mengandungi terlalu banyak istilah,
konsep atau perkataan yang sukar bagi pelajar untuk mendekod atau sukar untuk
diikuti. Teknik ini menggalakkan murid-murid membaca perkataan atau ayat-ayat
yang mudah secara berulang-ulang sehingga murid mahir dengan bahan bacaan
tersebut dan selepas itu bahan bacaan tersebut akan dibaca serentak dan
bersama-sama secara kelas. Setelah guru membaca sesuatu bahan bacaan, murid
perlu ikut membaca di bawah seliaan guru
secara berkoperatif atau secara bebas.
Pendekatan melalui teknik ini dapat
membantu pelajar untuk mencapai tahap yang lebih baik dalam membaca. Untuk
memastikan kejayaan teknik ulang dan membaca serentak ini guru perlu
melaksanakan dua langkah ini iaitu:
A)
Membangunkan Kepekaan Terhadap Irama
guru
harus sedar tidak semua murid berupaya untuk membaca dengan irama yang
betul. Oleh hal yang demikian guru perlu
menunjuk cara membaca teks yang berbeza menggunakan irama yang berbeza seperti
bahan-bahan puisi. Guru perlu peka untuk
memilih bahan yang dapat memberi murid pengalaman membaca bahan yang mempunyai
irama yang berbeza.
b)
Pemilihan
Pemilihan
dalam teknik ulang dan membaca serentak merujuk kepada cara bahan yang
digunakan dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang akan dibaca oleh murid di
dalam kelas. Terdapat lima cara iaitu:
1.
Baris ulang
2.
Dialog
3.
Barisan koir
4.
Himpunan
5.
Pemaduan
Teknik
ulang dan membaca serentak wajar dilaksanakan dalam sesuatu pengajaran dan
pembelajaran bacaan kerana dapat membantu murid mengecam perkataan di samping
mentaksirkan perkataan bercetak dan dapat mengelakkan bacaan terhenti ketika
mereka membaca setelah melakukan bacaan tersebut secara berulang-ulang.
Kelancaran merupakan tindakbalas yang diperolehi kesan daripada latihan yang
berulang-ulang membaca perkataan atau teks. Sekiranya guru memberi pengukuhan
yang positif, pelajar akan terus membaca secara berulang-ulang kerana mereka
tahu kesan daripada bacaan berulang-ulang akan menyebabkan mereka dapat
mengecam perkataan serta mengingati perkataan tersebut.
2.0
Jenis- Jenis Bahan Bantuan
Mengajar
Bahan-bahan
bantu mengajar boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
i)
Bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem pelajaran, filem
jalur,slaid, overhead projektor (OHP), pita video, radio, pita rakaman, piring
hitam, CD , komputer, radio kaset, televisyen, internet dan sebagainya.
ii)
Bahan yang tidak menggunakan media bukan elektronik seperti suara,
gambar,carta, model, surat khabar, papan hitam, papan putih, papan flanel,
papan magnet, kad-kad imbasan, buku dan sebagainya.
iii)
Bahan bercorak pengalaman seperti lakonan, lawatan, projek, pameran, bahan
maujud ( bahan sebenar) dan sebagainya.
(
Sumber: https://www.scribd.com/doc/12807608/Definisi-ABM)
Berdasarkan
hasil bahan bantu mengajar daripada kumpulan kami, kategori bahan bantu
mengajar boleh dikategorikan sebagai bahan bantu mengajar bukan elektronik
kerana hasil bahan bantu mengajar tersebut terdiri daripada gambar, kad-kad
yang bercetak tulisan dan buku cerita. Dalam bahan bantu mengajar tersebut,
teknik yang kumpulan kami gunakan sesuai dengan jenis bahan yang kami gunakan
kerana mudah untuk dicari serta memastikan agar mampu memberi pembelajaran yang
menarik dan bermakna kepada murid-murid di sekolah. Bahan-bahan yang kami
gunakan terdiri daripada mounting board,
kertas warna, pembalut hadiah dan bahan-bahan hiasan bagi mencantikkan bahan
bantu mengajar agar dapat menarik minat dan fokus murid-murid dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Keberkesanan
bahan bantu mengajar kami ini boleh dikatakan berkesan jika seseorang guru atau
bakal guru dapat memberikan pemahaman kepada murid-murid dengan jelas serta
murid-murid memahami isi kandungan yang ingin dinyatakan oleh guru tersebut dan
hal ini dikiranya berjaya jika murid-murid dapat fahaminya. Bahan bantu
mengajar digunakan untuk membantu guru mengajar dan menyampaikan maklumat
kepada murid dengan lebih jelas dan berkesan supaya objektif pengajaran dan
pembelajaran dapat dicapai. Bahan bantu mengajar ini juga dapat membantu
menjelaskan konsep dan memberi penerangan kepada murid agar mesej yang ingin
disampaikan jelas dan tepat.
Para guru yang ingin menghasilkan
bahan bantu mengajar (BBM) perlu memikirkan bahan bantu dan peralatan yang
sesuai digunakan serta kos yang berpatutan supaya bahan yang akan dihasilkan
membantu proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Seterusnya, dalam menyediakan bahan
bantu mengajar yang bukan elektronik juga memerlukan pilihan warna yang menarik
agar mampu menarik perhatian murid-murid dan meningkatkan kefokusan mereka di
dalam bilik darjah. Warna boleh
digunakan untuk menyerlahkan sesuatu imej yang dihasilkan dan menyemarakkan
emosi. Kepentingan pemilihan warna yang sesuai adalah untuk menarik perhatian
dan menunjukkan bahan-bahan yang penting di dalam visual yang digambarkan atau
diletakkan dalam buku cerita pendek yang dihasilkan tersebut. Oleh itu,
kejayaan atau kegagalan dalam pelajaran bergantung pada perancangan yang dibuat
oleh guru. Objektif atau matlamat perlu dibuat sebelum memulakan pengajaran dan
pembelajaran dan memastikan bahan bantu mengajar yang digunakan adalah sesuai
dengan tajuk yang ingin diajari di dalam kelas.
3.0 Kebaikan Bahan Bantu Mengajar
Menurut
Sousa (2005), penggunaan teknik ulang dan membaca serentak ini dapat
meningkatkan kefasihan dalam membaca pelajar secara menyeluruh. Teknik ulang
dan membaca serentak ini memerlukan guru untuk membimbing pelajar dalam
membetulkan intonasi dan nada yang sesuai untuk membaca sesuatu teks tersebut.
Bahan
bantu mengajar yang telah kami hasilkan iaitu ini mempunyai beberapa kebaikan.
Antaranya adalah memberi peluang kepada murid untuk menguasai kemahiran membaca
terutama untuk murid-murid pendidikan khas. Dengan menggunakan perkataan yang
mudah dan senang disertakan dengan gambar dapat menjadikan murid ini boleh
membaca dan mengetahui makna sesuatu perkataan yang baru diajar. Misalnya,
dengan menggunakan perkataan mengelap. Murid-murid pendidikan khas ini akan
membaca perkataan mengelap dan mereka juga akan ditunjukkan dengan gambar
mengelap agar mereka tahu apa yang dikatakan mengelap.
Selain
itu, ia juga dapat menarik minat murid-murid untuk membaca menggunakan bahan
bantu mengajar iaitu Fun Word Chart. Murid-murid Pendidikan Khas akan memilih
perkataan yang sesuai dengan gambar yang disediakan dan mereka akan melekatkan
perkataan tersebut pada gambar itu sambil mereka menyebut perkataan itu. Fun
Word Chart yang kami hasilkan ini banyak menggunakan gambar kerana kerana
seperti yang kita ketahui, untuk mengajar murid pendidikan khas ini kita
haruslah banyak menggunakan gambar kerana mereka tidak mudah memahami sekiranya
kita hanya menggunakan perkataan sahaja. Ia juga menarik perhatian dan minat
mereka untuk belajar membaca apabila kita menyediakan gambar-gambar yang
menarik pada perkataan tersebut.
Kebaikan
lain pula adalah dapat menambahkan perbendaharaan kata murid melalui
perkataan-perkataan baharu dalam aktiviti pembacaan. Melalui bahan bantu
mengajar yang kami hasilkan ini, kami
dapat memperkenalkan perkataan-perkataan baharu kepada murid-murid pendidikan
khas ini. Melalui perkataan baharu yang diajar ini, kami juga akan membina ayat
mudah dengan menggunakan perkataan tersebut agar mereka lebih mudah faham dan
gambar juga akan ditunjukkan kepada mereka. Dengan ini, murid-murid pendidikan
khas akan dapat menguasai banyak perkataan-perkataan baharu yang sesuai dengan
tahap kognitif mereka.
Tambahan
pula, bahan bantu mengajar yang dihasilkan sangat menyeronokkan serta murid
dapat membaca secara berkumpulan melalui kad bergambar, buku cerita pendek dan
carta kata. Sebagai contohnya, kita boleh mengajar murid-murid pendidikan khas
ini menggunakan buku cerita pendek dengan membaca bersama-sama agar proses
membaca ini menjadi lebih seronok. Murid-murid ini juga dapat melihat
gambar-gambar yang akan disertakan bersama perkataan-perkataan yang mudah yang
membolehkan mereka membaca dengan betul dan mengetahui makna perkataan yang
dibaca. Murid-murid akan memadankan perkataan berdasarkan gamabr yang
ditunjukkan sambil mereka membaca perkataan tersebut. Aktiviti membaca ini akan
menjadi lebih seronok kepada murid pendidikan khas ini dengan adanya bahan
bantu mengajar seperti ini.
Di
samping itu, bahan bantu mengajar ini iaitu Fun Word Chart dan buku cerita
pendek ini dapat melatih murid-murid autisme yang agak susah untuk
berkomunikasi. Dengan adanya Fun Word Chart ini mereka akan disuruh untuk
memilih perkataan yang sesuai untuk dipadankan bersama gambar yang ditunjukkan
sambil mereka menyebut dan membaca perkataan tersebut. Oleh hal yang demikian,
ia dapat menjadikan mereka boleh membaca sekaligus melatih mereka untuk
berkomunikasi. Buku cerita pendek juga dapat melatih mereka untuk berkomunikasi
dengan baik apabila kita menyuruh mereka membaca bersama-sama buku tersebut.
4.0 Kekurangan Bahan Bantu
Mengajar.
Kekurangan
yang dapat dilihat pada Bahan Bantu Mengajar (BBM) Fun Word Chart ialah bbm ini
hanya sesuai pada peringkat umur 7-10 tahun , iaitu untuk murid yang belajar
disekolah rendah semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung. Selain
itu juga, tahap BBM ini hanya sesuai untuk murid yang sudah mahir dalam membaca
bahan pengajaran tanpa dorongan guru atau ibu bapa.
Seterusnya
ialah kekurangan seperti bahan cetak pada Fun Word Chart. Bahan cetak merupakan
bahan yang paling kurang efektif sekali. Hal ini demikian kerana bahan cetak merupakan
fakta-fakta yang murid perlu menghafal walaupun
tidak memahami maksud sesuatu fakta tersebut. Tambahan pula, ada
sesetengah murid yang tidak suka membaca petikan yang panjang dan fakta.
Perkara ini menyebabkan guru terpaksa bekerja lebih keras untuk menarik minat
murid untuk membaca bahan cetak tersebut. Selain itu, ada sesetengah bahan
cetak yang tidak lengkap, hal ini telah membuat murid malas untuk mencari
maklumat lain.
Manakala
bahan maujud juga mempunyai kekurangan tersendiri, di mana guru terpaksa membuat
uji bakat kepada murid lain untuk mencari murid yang betul-betul mahir untuk
menyampaikan intonasi dan nada yang betul dalam menyampaikan perkataan dan akan
mengambil banyak masa untuk membuat pemilihan bagi murid yang terbaik. Selain
itu, masa yang diberi tidak mencukupi untuk menguruskan sesuatu program.
Oleh
yang demikian, jelaslah kekurangan bbm ini adalah disebabkan bbm ini tidak
sesuai untuk murid yang tidak mahir dalam membaca lagi kerana bbm ini
menggunakan aras bahasa yang sederhana untuk tahap pendidikan murid-murid Pendidikan
Khas di Sekolah Rendah.
5.0
Mengapa
Perlunya Bahan Bantu Mengajar
Kamarudin
Hj Husin (1988) telah merumuskan bahawa bahan bantu mengajar yang digunakan
oleh guru dalam sesuatu pengajaran mempunyai kepentingannya yang tersendiri.
Antaranya bahan bantu mengajar yang digunakan dapat memberi rangsangan dan
mengekalkan minat murid. Selain itu, bahan bantu mengajar yang berkualiti dan
diselenggarakan dengan baik akan dapat meransangkan para pelajar untuk belajar.
Para pelajar akan terangsang untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai
isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.
Disamping
itu, bahan bantu mengajar yang baik juga akan dapat mengekalkan minat para
pelajar untuk terus memberikan tumpuan kepada pengajaran guru. Dalam pengajaran
moral, bahan-bahan seperti cerita-cerita teladan atau rakaman video sebenar,
mampu menarik perhatian kepada proses ingin tahu dalam hati para pelajar
Seterusnya
beliau menyatakan bahawa bahan bantu mengajar dapat menyediakan dasar yang
kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran serta mengurangkan gerak
balas lisan yang tidak diperlukan daripada pelajar-pelajar. Penggunaan bahan
sokongan seperti gambar, komputer atau internet atau sebarang bahan sokongan
akan memberikan kesan peneguhan. Contohnya dengan melayari internet banyak
maklumat yang akan diperolehi oleh murid, sekaligus internet akan mengurangkan
gerak balas lisan yang tidak perlu di kalangan para pelajar. Mereka akan
memberikan tumpuan kepada bahan-bahan atau maklumat yang sedang diterokai.
Selain
itu juga, penggunaan bahan bantu mengajar juga dapat mempelbagaikan aktiviti
dalam proses sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Melalui bahan bantu yang
sesuai akan memberi peluang pelajar berinteraksi dengan bahan tersebut atau
dalam kumpulan pembelajaran. Justeru dapat mengurangkan kaedah chalk dan talk, yang
kurang digemari oleh para pelajar. Contohnya dalam aktiviti menggunakan bahan
rangsangan gambar tunggal, guru meminta para pelajar memberikan idea
berdasarkan gambar tersebut, di samping meramalkan kemungkinan-kemungkinan yang
lain.
Tidak
kurang penting, bahan bantu mengajar juga dapat memberikan pengalaman yang
menyeronokkan kepada para pelajar berbanding kaedah konvesional yang lebih
memfokuskan penggunaan kaedah syarahan dan buku teks. Dengan menggunakan bahan
yang menarik seperti boneka, pengajaran pendidikan moral akan memberikan
keseronokan kepada para pelajar. Mereka akan rasa terhibur dan terangsang
lebih-lebih lagi sekiranya guru yang mengajar bijak memainkan peranan sebagai
tukang cerita serta jalan cerita juga tidak membosankan. Para pelajar juga
boleh dilibatkan bersama dan secara tidak langsung pembelajaran secara
interaktif dapat dilaksnakan.
Kepentingan
bahan bantu mengajar bukan sekadar yang telah dinyatakan dia atas sahaja, malah
ia juga dapat membina pemikiran yang berterusan, membantu pemahaman dan
perbendaharaan kata pelajar, mendorong pelajar menyiasat sesuatu isu atau
perkara melalui peningkatan lagi aktiviti bacaan mereka dan dapat memberi
pengalaman baru serta menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih mendalam dan
seragam.
Mengikut
kajian yang dilakukan oleh Charlie Anak Ungang penggunaan ABM penting bagi
menarik minat pelajar pemulihan. Semua pihak terlibat dalam mempertingkatkan
prestasi murid-murid pemulihan dalam menguasai kemahiran membaca. Oleh itu,
golongan yang sering terlibat dalam penggunaan bahan bantu mengajar ini adalah
pelajar, guru. Pentadbir sekolah dan lain-lain pihak.
i.
Pelajar
Membantu pelajar agar
lebih memahami pelajaran yang diajar serta menghindarkan mereka dari rasa bosan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Dengan ini, diharapkan dapat
mencungkil potensi individu pelajar dengan pendedahan sumber pengajaran yang
pelbagai bentuk.
ii.
Guru
Menjadi panduan kepada
guru-guru di sekolah dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.
Hasil daripada kajian ini membolehkan guru menilai semula pengajaran mereka.
Seterusnya akan meningkatkan lagi mutu pengajaran guru-guru ke tahap yang lebih
membanggakan. Penyelidikan ini juga mampu membantu guru-guru menggunakan
pendekatan pengajaran yang bersesuai dengan kemahiran yang diajar.
iii.
Pentadbir sekolah
Membantu pihak
pentadbir sekolah bagi menyusun teknik pengajaran guru melalui pemilihan ABM
serta menyediakan kemudahan peralatan mengajar kepada guru agar proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.
iv.
JPN ( Jabatan Pelajaran
Negeri)
JPN juga dapat
menyediakan dan melengkapkan Pusat Kegiatan Guru (PKG) di kawasan mereka bagi
memudahkan guru-guru mendapatkan dan meminjamkan ABM bagi kegunaan di sekolah
masing-masing.
v.
KPM ( Kementerian Pendidikan
Malaysia)
Kajian ini juga dapat
membantu KPM dalam mengenalpasti jenis ABM yang bersesuaian dengan kemahiran
terutamanya bagi murid pemulihan. Dengan ini KPM dapat membekalkan terus ABM ke
sekolah-sekolah tersebut atau melalui JPN seluruh negeri.
RUJUKAN
Kamarudin
Hj. Husin (1990). Kaedah Pengajaran Dan
Pembelajaran Bahasa. Kuala Lumpur:
Saujana.
Azizi Ahmad (2010). Pentaksiran pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
( Sumber: https://www.scribd.com/doc/12807608/Definisi-ABM)
http://rujuknota.blogspot.my/2011/07/definisi-dan-kategori-bahan-bantu.html
http://www.slideshare.net/RosnahBahari/definisi-bbm
Azizi Ahmad (2010). Pentaksiran pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
( Sumber: https://www.scribd.com/doc/12807608/Definisi-ABM)
http://rujuknota.blogspot.my/2011/07/definisi-dan-kategori-bahan-bantu.html
http://www.slideshare.net/RosnahBahari/definisi-bbm
No comments:
Post a Comment